assalamualaikum and hye..
aku suka tengok cerita. cerita wayang atau cerita apa2 yg best. budak2 kat UM panggil aku "BABEL" sebab aku selalu cakap tak bes kat cerita dorang suka and tuduh aku ancient kerana layan citer2 ala2 oscar atau academy mcm citer babel dan sebagainya.
dalam hidup setiap org ada cabarannya. setiap seorg pasti ada. tuhan dah menjanjikan ujian2 yg tertentu kepada hambanya. sama ada kita tahan atau tidak, bergantung kepada individu2 itu.
bila aku kat UM aku selalu mengeluh dengan roomate aku nik. dia budak API and microb kat fac sains. dia pandai dari aku. aku mengeluh kerana rasa selalu diuji tuhan tanpa henti. ada je ujian kepada aku. nik cakap, "jgn risau, tuhan tahu nak uji hamba dia sampai bila, tuhan tidak akan menguji hamba nya selagi tidak mampu ditahani." aku puas hati dgn kenyataan nye. sampai laa satu hari aku jumpa ini:
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286
how magical. for me its a life line. aku berpegang kepada ayat ini apabila aku dalam kesusahan atau mengeluh tak sudah..
bila aku down, moody atau frust dengan sesuatu, aku suka tgk citer2 yg menaikkan semangat atau baca buku biography. ia membosankan tetapi bagi aku ia adalah inspirasi.
apabila aku tgk citer gladiator, armageddon, the rock, saving private ryan, a beautiful mind, master and commander, good will hunting atau sebagainya, setiap cerita ini ada babak yg sangat membuat aku teruja dan berfikir bahawa hidup ini ada masanya susah dan ada masanya senang. dan kejayaan tidak dicapai dgn mudah. ia pasti ada turun dan naik nya.
dan apabila kita telah diuji dengan pelbagai ujian dari tuhan, tuhan akan memberi kejayaan kepada hambanya yg sabar. mungkin cukuplah ujian aku bg. tetapi apabila kita dalam fasa berjaya, next test dari tuhan sudah pasti akan tiba. mungkin di masa kerja dapat bos mcm taik, atau dapat college yg mcm haram dan segala2 ujian utk menguji hambanya.. oleh itu bersabarlah.
bagi aku, ujian yg diberikan oleh tuhan, akan pasti aku hadapi. habis tuh takkan nak bunuh diri? sumpah tak masuk syurga. itu adalah pasti. aku harap suatu hari nanti aku akan berjaya dalam apa aku ceburi.
aku suka baca buku "the commander of islam". aku mmg sengaja tinggalkan ia di kereta, supaya bila ada masa terluang aku akan baca. dan baru half a book disudahi. aku kagum bagaimana pahlawan2 islam menentang tentera2 rome, parsi dan sebagainya. walaupun mengalami kekalahan mereka tetap bangun utk berjuang. bagi mereka tuhan adalah segala2nya.. aku kagum. dan aku juga kagum bagaimana pemerintahan tentera ketika itu spt umar al-khattab menyusun strategi peperangan. dari pemanah sehingga pemegang bendera islam ada tanggungjawab masing2.
ini selalu menaikan semangat aku bila rasa macam tauhu lembik.. ujian aku di UM tak habis2 dan aku bertekad nak setel kan segala ujian yg aku hadapi ini supaya menjadi manusia yg lebih baik kelak.
challo
salam
hmo
Wednesday, December 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
yup, aku pn slalu berpegang kt ayat "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286
& secare jujurnye, aku rase aku x sanggup hadapi pape pn.. tp ko kuat hafiz, jgn rase nie 1 ujian, anggap la nie pengalaman xtra yg org len x dpt rase..
Post a Comment