Saturday, December 27, 2008

paham tak paham..

assalamualaikum and hye..

masa aku kecik bnyk benda yg aku tak paham. contohnya apa itu kondom? apa itu sex? mcm mana dapat anak? baby kuar kat mana? kat situ!! biar betul?? mcm mana org kat tv berlakon siang kita tgk kat tv malam?

ini berlaku semasa aku kecik. dan org dewasa takkan marah kat kita sebab kita budak kecik and ada perasaan ingin tahu. ini adalah normal.

tapi yg aku tak paham adalah bila kita dewasa. aku tak paham org2 dewasa dan mengapa mereka melakukannya.

org dewasa (dorang tak cacat) suka parking kat tempat org disable kat parking lot? kenapa? aku rasa dorang bodoh.

dan yang paling aku tak paham, kenapa kat tandas awam org dewasa tak suka flush jamban dengan meniggalkan najis2 mereka bersepah serta air yg berbau hancing. aku tak paham.. ini bukan bodo, ini ***censored***

challo
salam
hmo

Thursday, December 25, 2008

wayang..

assalamualaikum and hye..

hari nih, adalah hari first aku tulis blog guna asus laptop baru aku. sbb nik den tgh asyik layan pc aku yg sangat hebat hasil dermaan org2 kesayangan aku.

today lepas main go cart kat shah alam, rasa still nak main lagi. nak main something yg lagi laju. xpuas. hari nih aku n ares bergabung halang 3 dak laki yg nak potong alino. so today dia menang. yey?? hahha. takpe, atleast alino blanje kita org dessert kat jonker street MV, walaupun sbnrnya dia blanje aku 90sen jek. hahaha. aku keji.

balik umah aku baca paper. ada news mengatakan, citer hollywood kat panggung akan dikenakan harga RM20 and citer melayu atau hasilan2 org2 malaysia hanya dikenakan RM12.

di manakah org yg bagi cadangan ini letak otak mereka? aku rasa di tempat yg tak sepatutnya. di b****(censored)**t. bodoh laa mereka. nak aku tgk cicak man kah? "selamat pagi cinta"? tak pun citer "kayangan"?? oooh, yg nih lagi bes, tak pun org yg bagi idea nih suruh aku layan citer "cinta yg satu" tak pun "cintaku forever"?? aku tetiba rasa bodoh dgn hanya letak tajuk cerita ini..

semua nih dah laa standard drama melayu kat tv 1 je. nak aku layan wayang melayu for RM12? aku yakin citer sivaji the boss JAUH lagi bes (diberitahu oleh rakan2). still, letak la RM20, im willing to pay to watch transformer or the dark knight dari tgk cgi RM12 cicak man 1 dan 2..

kalau ada yg terasa, minta maaf. ngaku jelaa our movies sux. big time. but i still do watch sepi (free astro blanje), cinta (sarah ajak), citer hapa ntah by afdlin tuh (join dak2 um), and last aku ingat laila isabella (zaman bodo2 kat polytech).

tapi jgn la sampai nak menegakkan benang yg basah menggunakan viagra atau cialis (naim adalah pakar) utk mengatakan citer melayu adalah bes dari hollywood. aku peduli hapa korang nak cakap banyak pengaruh buruk ke hapa jadah, citer yg kita hasilkan adalah sux. aku tak sabar nak tunggu VALKYRIE on february.

oleh itu suka hati laa kita org nak tgk citer hapa. biar laa wayang yg ada ini seadanya. suka suki meggi je nak kacau2. dah ok dah.. takyah kacau. biar je. yg org yg bg cadangan tuh, sila letak kepala anda di jamban. terimas.

challo
salam
hmo

Thursday, December 18, 2008

kawan..

assalamualaikum and hye..

aku ada ramai kawan. kawan aku bes-bes. org kata aku senang dapat kawan kerana aku nih muka frenly and rajin berkata2. mungkin. aku suka kumpul kawan. kawan sampai kat loywat pun ada sampai ada yg berhenti bertanya khabar dan suruh beli laptop dan psp lagi. adakah laptop dan psp ini mcm harga rm30? hehe.

aku ada ramai kawan yg senang ada, susah pun ada. tapi kengkawan yg ciri2nya susah-senang bersama adalah paling sukar utk dicari. aku nak list out, aku takot terlupa diantara mereka. kawan dari TAS, SK Segambut, SMK Kepong, SMK Saas, Polytech Shah Alam,UM dan juga extended frens aku. mereka semua bes-bes. aku sentiasa ingat mereka.

kawan2 aku ini jugalah yg sentiasa berada disisi bila diperlukan. mereka menemani, berbual, memberi harapan dan sokongan. tidak kira la berdepan/berjumpa atau hanya melalui telepon. kawan2 aku ini bukan sahaja muncul bila nak tumpang naik kereta atau nak mintak tolong pergi MV atau makan sahaja. mereka adalah kawan2 yg blh dibuat sampai tua.

mereka pelbagai perangai dan ragam. ada yg muka tak kesah, tetapi mengambil tahu. ada yg kerek tetapi sebenarnya kisah, ada yg selamba tetapi sentiasa bertanya. ada juga yg suka mengutuk aku tapi sebenarnya mereka adalah bes.

aku harap koleksi-koleksi kawan aku bertambah. mencari kawan sejati bukan hanya untuk bergelak, tetapi utk belajar bersama, senyum bersama, makan bersama, susah senang bersama, tgk wayang bersama, membuat aktiviti bersama, dan juga yg bes adalah makan aiskrim bersama. ya, aku suka berkawan..

kadangkala aku terpikir bagaimana org yg hidup tanpa kawan. pasti susah. atau mereka ini mungkin sudah biasa hidup tanpa kawanan2 disekililing. makan sorang2, cakap sorang, dan hanya memerlukan kawan apabila diperlukan bantuan. org mcm nih sux. aku tak suka.

oleh itu, cari kawan2 yg bes.
terima kasih kawan2ku.

challo
salam
hmo

Wednesday, December 17, 2008

cherita..

assalamualaikum and hye..

aku suka tengok cerita. cerita wayang atau cerita apa2 yg best. budak2 kat UM panggil aku "BABEL" sebab aku selalu cakap tak bes kat cerita dorang suka and tuduh aku ancient kerana layan citer2 ala2 oscar atau academy mcm citer babel dan sebagainya.

dalam hidup setiap org ada cabarannya. setiap seorg pasti ada. tuhan dah menjanjikan ujian2 yg tertentu kepada hambanya. sama ada kita tahan atau tidak, bergantung kepada individu2 itu.

bila aku kat UM aku selalu mengeluh dengan roomate aku nik. dia budak API and microb kat fac sains. dia pandai dari aku. aku mengeluh kerana rasa selalu diuji tuhan tanpa henti. ada je ujian kepada aku. nik cakap, "jgn risau, tuhan tahu nak uji hamba dia sampai bila, tuhan tidak akan menguji hamba nya selagi tidak mampu ditahani." aku puas hati dgn kenyataan nye. sampai laa satu hari aku jumpa ini:

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286


how magical. for me its a life line. aku berpegang kepada ayat ini apabila aku dalam kesusahan atau mengeluh tak sudah..

bila aku down, moody atau frust dengan sesuatu, aku suka tgk citer2 yg menaikkan semangat atau baca buku biography. ia membosankan tetapi bagi aku ia adalah inspirasi.

apabila aku tgk citer gladiator, armageddon, the rock, saving private ryan, a beautiful mind, master and commander, good will hunting atau sebagainya, setiap cerita ini ada babak yg sangat membuat aku teruja dan berfikir bahawa hidup ini ada masanya susah dan ada masanya senang. dan kejayaan tidak dicapai dgn mudah. ia pasti ada turun dan naik nya.

dan apabila kita telah diuji dengan pelbagai ujian dari tuhan, tuhan akan memberi kejayaan kepada hambanya yg sabar. mungkin cukuplah ujian aku bg. tetapi apabila kita dalam fasa berjaya, next test dari tuhan sudah pasti akan tiba. mungkin di masa kerja dapat bos mcm taik, atau dapat college yg mcm haram dan segala2 ujian utk menguji hambanya.. oleh itu bersabarlah.

bagi aku, ujian yg diberikan oleh tuhan, akan pasti aku hadapi. habis tuh takkan nak bunuh diri? sumpah tak masuk syurga. itu adalah pasti. aku harap suatu hari nanti aku akan berjaya dalam apa aku ceburi.

aku suka baca buku "the commander of islam". aku mmg sengaja tinggalkan ia di kereta, supaya bila ada masa terluang aku akan baca. dan baru half a book disudahi. aku kagum bagaimana pahlawan2 islam menentang tentera2 rome, parsi dan sebagainya. walaupun mengalami kekalahan mereka tetap bangun utk berjuang. bagi mereka tuhan adalah segala2nya.. aku kagum. dan aku juga kagum bagaimana pemerintahan tentera ketika itu spt umar al-khattab menyusun strategi peperangan. dari pemanah sehingga pemegang bendera islam ada tanggungjawab masing2.

ini selalu menaikan semangat aku bila rasa macam tauhu lembik.. ujian aku di UM tak habis2 dan aku bertekad nak setel kan segala ujian yg aku hadapi ini supaya menjadi manusia yg lebih baik kelak.

challo
salam
hmo

Friday, December 12, 2008

takot..

assalamualaikum and hye..

aku adalah seorg penakut. ya.. saya mengaku.. aku tak tgk cerita hantu, cerita seram, cerita potianak, cerita hisap darah, cerita apa-apa yg dikategorikan seram. tak kisah la omputih, cina, melayu, hindi, indon atau thailand sama sekali.

bila aku takot, aku tahu aku takot. aku akan rasa ketakotan itu. oleh itu, aku akan mengalah dengan ketakotan itu seperti mencari teman utk teman aku. contohnya si haris "drumstick" penah jadi mangsa aku kena teman pi toilet kat 12th, dimana aku rasa tetiba takot.. ya.. saya penakot pada benda-benda mistik ini.

kalau kat 12th, aku kena paking jauh kat padang depan bangunan jepun tuh. kalau balik malam lepas deting ngan sarah ke, aku akan jalan sorang balik ke 12th. lebih kurang 800 meter jek. tapi bulu roma aku sentiasa meremang disitu. aku rasa ianya kawasan keras.. demm..

kawan karibku, si jeneral anip, penah kena maki n marah dengan ikhlasnya semasa aku tgh layan citer thailand shutter sorang2 di tengah hari buta. mana tak nye dgn bantal tutup muka, si anip sergah dari blakang.. sumpah ke namakian aku yg telah dipelajari since 1983.

si jeneral anip nih juga jadi mangsa aku kena paksa balik semasa layan citer jgn pandang blakang kat m.valley. tapi aku tgk gak sampai habis sbb aku naik keta anip nih. lagi lanch ada 3 ekor bapok mengilai2 and jerit2 takot kat hujung sana. rasa nak hempuk ngan monitor aku.

penah tak korang tersedar dari tido, tangan terjuntai dari katil..? itu adalah momen aku yg paling seram nak angkat tangan tuh. takot ada rerambut atau kuku2 tajam yg menarik tangan aku kembali ke bawah.. takot ok..

aku juga takot apabila mandi kolah kat kampung. oleh kerana taksub pada cerita pirana and jaws, aku jd takut celupkan gayung ke dalam kolah.. mana tahu ada ikan2 yg gigi tajam gigit.. tak pikir lagi kalau ada benda yg lagi menakutkan.. aku tak maw citer..

apabila balik malam dari UM, aku akan drive sorang2.. skrang radio keta aku rosak. so sunyi sepii.. dan ada hari nye aku terasa lain.. tengkuk rasa tak sedap.. aku benci perasaan itu.. masa itu aku akan bawak keta kalah hamilton...

dan apabila berkumpul balik kampung di mersing, makcik dan pakcik aku akan berkumpul. dengan seteko air kopi atau milo, yg sering dibuat oleh cik lah, selepas berborak mengenai hal2 semasa, ending nye pasti citer horror yg seram2. sumpah time tuh aku dah tiada dan kembali ke toto aku sambil layan tv atau psp.

dan aku benci citer hantu (kalau tertengok) pelakon tuh bawak keta, hantu tetiba muncul kat rear mirror ke atau cermin sebelah.. celake ko antu..

walau aku seorg penakot, bilik aku, aku suka gelap2. tak blh terang2. sumpah tak tido sampai esok.. mcm skrang.

tgk siapa di belakang anda..

challo
salam
hmo

Tuesday, December 9, 2008

cuti!

assalamualaikum and hye..

approximately 3 weeks to go back to skool. somehow, i hate skool. rasa mcm dah penat. nafas tak penah cukup study kat UM nih. not that the place sux, but it wears me out. dah lusuh nih.. bukan penat fizikal, tetapi mentally tired.. lama-lama boleh jadi retarded.. hahahaah..

exam results da kuar.. it said that it is a provisional result, which could be changed from time to time. well lets wait. i need some result to be changed. harap2 kekuasaan Tuhan akan membenarkan aku pass paper yg kantoi itu.. amin..

nana baru balik jakarta. seperti di jangka, aku dapat baju HRC yg kool. hahahaha.. koleksi Tees yg kerberapa ratus tak tahu dah.. i like Tees, tapi aku rasa sentiasa sikit jek. and bila kuar nnti tak tahu nak pakai yg mana satu. dan seperti biasa, gadisku sarah aku mengomel mengatakan, "baju nih lagi!", hahahaha. padahal rasa mcm bertahun tak pakai baju tuh.

i have a few favs Tees. mungkin aku tak perasan aku pakai bnyk kali. i think they are:
  1. tee HRC singapore hijau greenday: nana bagi
  2. tee Venice warna hitam: ibu sarah bagi.
  3. tee SEPI warna hitam: dimana aku dapat free dari ASTRO.
  4. tee nike fubolitas "smoke the grass": sarah comel bagi.
  5. jaket nike brown (walaupun bkn tee, tpi boleh laa!): aku beli sendiri.
demm, semua yg aku suka adalah free. ahahaha.. oleh itu, tahun depan mgkn akan berusaha utk meng-rotatekan baju2 yg ada..

remember the older post, when i was so angry on the fasting month where the motorcyclist suka park tutup pintu masjid? ini adalah gmbr 3 minggu lepas dimana telah disimpan dalam hp aku dan tak sempat diblogkan..



boleh nampakan motor park tutup jalan masuk ke masjid. ini terpaksa pakai shoot mode "panaorma" kat hp k800i aku utk snap seluruh gmbr. i dont know why, mereka2 ini tidak memakai otak utk lebih bertanggungjawab utk meletak moto di tempat yg sepatutnya. dah lah susah, utk org gemuk mcm aku nih, mmg payah laa nak menyelit celah2 handle moto tuh. lagi bes, siap dapat kiss dari ekzos-ekzos moto yg panas itu.. demm laa..

ini belum lagi citer org yg paking kat depan masjid Ar-Rahman dpn UM pada hari jumaat.. i dont mind ko nak paking tgh2 jalan. bcoz thats the only space rite? sbb korang xnak paking jauh sket dalam UM tuh then jalan kaki. point taken. pastu lepas solat tuh yg korang duk lama2 kat masjid beli air laa, makanan laa, tgk buku laa, padahal paking keta kat tgh2 jalan. tak ke susah kan org? nak pikir ko je kan.. buat malu org islam. org lain yg lalu jalan tuh mesti dah puas maki, termasuk aku sbb i took an effort tak solat kat masjid Ar-Rahman sbb aku tahu kalau paking sumpah susah, and aku taknak jalan kaki jauh. still there are mosque nearby. kesimpulannya? setiap masalah ada penyelesaian.. ahahha. poyo.. ahahah

aku selalu kagum dgn pekerja-pekerja tol. contohnya tol 50sen kat bandar tasik selatan tuh, dimana 90% org tua and OKU. dan mereka semua cekap2 belaka. tiada masalah matematik utk mengira baki RM50.00-RM0.50. mereka ada yg pekak, akan dilabelkan simbol telinga. its a nice effort taken by the tol concession. at least they have a job. tak perla mereka takder keje sehingga perlu merempit dan merimaskan org.. hehehe. (ps: awek tol highway grandsaga kadangkala hot2 and comel2 belaka).

cerita pasal kecekapan, siapa yg biasa kat PJ mesti tahu tempat makan/lepak/minum kat 14th. some of them call tempat nih "power" so what ever it its, ini adalah tmpt bajet utk makan2 and sambil lepak2. aku akan datang tempat nih bila habis stadi for exam jek. so dah penat stadi, gi lepak kat 14th dalam kul 12am sambil layan nasi lemak yg berchop merah atau biru atau banjir mayo sambil hirup air kegemaran. ada org kata nasi lemak chop merah adalah lagi bes selain chop biru. ah... pedulikan.. sbb sumpah aku rasa sama jek dua2. selain nasi lemak ada pelbagai menu2 yg tertera dan dijadikan pilihan org2 yg kelaparan.

tempat yg bernama 14th/power nih, aku dah lepak since 1st year. so sape yg masuk UM sumpah akan tahu laa kan. baru akhir2 nih aku perasan bahawa mereka adalah pekerja2 yang cekap. eg: aku order nasi goreng kat tukang amik air. tukang amik air neh mcm cheif tukang order dan mereka akan melaksanakan tugas dengan memberitahu menu pada geng2 mereka di kedai lain. yg pelik nya, meja tiada nombor. dan duduk bersepah. ada pula meja sementara yg mereka blh bukak anytime pada pengujung yg datang yg tiada tempat duduk. yang pelik nya yg menghantar makanan ini, bukan si tukang amik order, tapi tauke kedai masak itu.

mcm mana pulak dorang leh tahu itu mejanya? since 4 tahun makan kat situ, tak pernah pulak aku dapat order yg salah. meja tiada nombor. takkan tukang amik order cakap meja depan kedai aku. banyak gile meja depan kedai dia.. tak pun mamat rambut pacak2 and gemuk2.. banyak gak org rambut pacak2 n gemuk.. ehheeh.. so mcm mana dorang leh detect, aku tak tahu. tapi aku yakin dorang ada gps yg mengatakan order mereka adalah di meja ini.. bg aku, mereka adalah cekap dari kedai makan tomyam DOLL yg kena amukkan aku suatu masa dahulu.. hehehe..

utk menjadi cekap, bukan senang. mendapat kerajaan yg cekap pun susah. semua negara sama. mungkin pada zaman pemerintahan khalifah ar-rashidin adalah berbeza.. sebelum raya aku buat IC baru. smart kad aku patah buat kali kedua. ini menunjukkan ianya hasilan daripada idea2 yg kurang cekap utk membuat smartcard itu. lalu aku menukarnya di jpn maju junction. 2 minggu siap. bagi aku, itu adalah cekap. utk memikirkan bahawasanya ic tak dibuat di maju junction, ia harus dihantar ke tempat lain. kemudian cetak, dan hantar balik ke maju junction. aku yakin ia dilakukan masa hari raya.. bagi aku itu adalah cekap..

oklah. aku dah penat merapu. nak main PES2009 PC. nnti aku citer apa hebat sangat PES2009 PC version neh..

challo

salam
hmo

Friday, December 5, 2008

omomg-omong kosong di 2am

as u can see, kerana post ini tak dapat timbul di blog frenster la, saya cipta blog baru di blogger. so ini kerja mudah. just copy and paste..

assalamualaikum and hye..

Finally, semester pertama, final year dah tamat. Thesis and final exam semua dah lepas around 2 weeks ago. And as usual, no rest for alino and me, kita kena sambung thesis kat UM.. We both already feel like a workholic where sitting at home in a week had already made us bored. And a few days ago, i realized that, i never had a proper holiday while studying at UM. All my 3 months holiday i spent burning my ass working on my special semester. And now, even a short 1 month holiday, i need to work my ass out completing the thesis.

Lots of new things had happen around me. I got a new laptop, thanks to penyumbang kempen pelajaran terbesar saya iaitu ibu dan bapa, kakak saya yg sentiasa sporting dan tak kesah menaburkan wang ringgit kepada saya, dan juga adik saya yg bakal kena pow utk melengkapkan kegempakan laptop saya ini. Dan cik sarah, anda adalah next, walaupun anda terlepas dgn logitech wireless mouse, saya akan berfikir cara utk mengenakan anda.. hahahaha..

Skrang PSP adalah kawan karib saya balik. Since ada game PES2009 PSP version, dan ada mode "become a legend", ia telah membuat saya ketagih bermain menjadi pemain bola disebuah team EPL yg sangat hampeh iaitu FULHAM. Walaubagaimanapun, saya akan berusaha menjadi legend supaya dapat bermain di Real Madrid or Chelsea.. hahaha.. Dan kepada anda yg ada PSP, jgn laa nak jual, sebab PSP di pasaran dah naik harga kepada RM1050 (kata Sam PSP) dan mmg betul pun. And to alino, anda mungkin akan dikenakan cukai utk bermain luxor saya. muahahahah..

Selain VIVA thesis yang sangat menyeksakan yg dah lepas, saya harus berfikir dimanakah logiknya saya perlu mencari subjek seramai 50 org utk thesis saya. Kepada anda yang berminat, telepon laa saya. Anda akan diberi wang sebanyak RM40. Ini ada betul. Bukan main-main. hehhehe.

Bulan nih mungkin koleksi T-shirt saya akan berkembang. Nana yg tersayang dah pi HRC jakarta dimana dia sangat2 cuak dan takot dibom membelikan saya sepasang baju. Saya pun tak tahu bentuk dan warna dia macam mana, dan diharapkan ia sangat comel supaya dapat takel awek.. ooppss.. ahhaha. sorry sayang.. mode lonely dah on. sapa suruh u outstation tinggal kan bf u sorang-sorang jadi org gile disini?

Pastu ajuma alino pula akan p ke bandung dimana saya dah persan beribu-ribu wang tunai dalam nilai rupiah utk membelikan saya baju-baju di distro yang dikatakan sangat hot and "catchy" (pinjam ayat datin). dan mmg pun kool, sbb saya dah dapat sebijik dari KAKAK (kakak sarah). Saya banyak kakak.. ahhhaahah

Minyak dah murah.. YAY!!??? yup. bes.. RM1.90 weh.. tapi ada gak org tak suka.. hari tuh nak gi UM. isi minyak kat Petronas Bandar Tasik Selatan lepas tol 50sen. Kuar-kuar simpang, ada keta benz tampal stiker, "MINYAK HAK RAKYAT".. dalam hatiku, ooowhh jubo nye manusia.. sumpah tak bersyukur.. ada sebab yg membuat aku berfikirkan begitu sebab ada sponsor stiker itu yg membuat aku faham kenapa dia cetak stiker yg sedemikian. Org yg kaya (sbb dia bawak benz, peduli la dia curik ke, dia menang bsn ke, tapi org bawak benz mesti ada duit sedikit lebih dari saya, sbb saya hanya memandu proton dan duit pun tak semestinya ada). At least at the age of 25, aku mengenal erti syukur dan berterima kasih daripada pakcik melayu yg membawa kereta itu.. dan tak perlu detail sbb nti org mengatakan saya seorg penilai dan sebagainya.

mengapa saya kata begitu? sbb saya sentiasa bersyukur dan cuba memahami mengapa minyak naik dan turun. abaiakan konspirasi dan apa2 yg dikatakan di blog2 atau pakcik2 ko yg cerita. I dont fuck care. Just what i know is, based on fact is enough. Kalau nak percaya konspirasi dan kiraan2 matematik mudah, sumpah UFO dah terbang sana sini dan saya akan pass semua subjek matematik saya. tak kisah laa sapa lecturernya.

Dan kembali pada stiker yg membuat saya berfikir itu, kenapa org2 mcm nih tak berterima kasih.. Fakta mudah: betul wujudnya Petronas hasil dari wang rakyat, dan juga pinjaman2 yg dilakukan oleh kerajaan. tapi ia sudah lama berlalu. Petronas pun dapat berdiri dgn teguh secara sendiri. Mungkin dah tak pakai duit rakyat lagi utk hidup. Kalau laa minyak hak rakyat, saya nak pakcik tuh gi gali minyak kat lautan serta kawan2 nya yg berfikiran sama. Duduk tanpa kuarga dan sentiasa rindu kan tanah air spt kawan saya jemmy. pastu pakcik itu akan jadi geologist, mencari minyak dan pastikan bahawasanya ada minyak bawah tanah itu supaya tak rugi berbillion2 ringgit pada next step iaitu bawak pelantar minyak kat situ dan gali. kalau takde minyak, kompem mampos. sbb step tuh je dah berbillion2 ringgit utk dilaksanakan.

Pastu pakcik itu dan juga rakan2nya yg sama pendapat dengannya akan buat piping serta segala kemudahan simpanan minyak, serta berkawan dengan pemimipin2 dunia lain utk eksport minyak. Pastu dia kena jadi tukang lori minyak hantar minyak2 ke seluruh tanah malaya ini.. Sanggupkah? sbb minyak adalah hak rakyat, dan rakyat kena usahakan? begitu?

Dan apabila minyak turun, takder siapa pula mengucapkan terima kasih, ada pula lagi suara2 sumbang mengatakan minyak patot lagi murah sbb ini tak masuk subsidi kerajaan! oowh mati laa manusia yg tak reti bersyukur ini.. aduh.. matilaah ko.. terima kasih blh tak?

Tiada pula stiker mengatakan "terima kasih.. minyak turun.. duit lebih minyak leh makan sedap2 sket".. ahahhahah.. pastu ada org marah kerajaan sbb makanan tak turun. My logic is... betul, kerajaan telah melaksanakan kawalan harga pada barang2 tertentu seperti beras, roti, etc. Tapi kalau laa kedai tuh naikkan harga masa harga minyak naik..alasannya sbb nak ulang alik angkut sayur2an dan beras memerlukan minyak.. fine.. dan apabila minyak dah turun. kedai makan ini tak turun gak. tapi org marah kerajaan gak.. ko marah laa kedai makan tuh... kalau tak nak bayar mahal, ko masak sendiri boleh?

Semua nak goverment... Mana pergi nye otak sivik tauke kedai tuh? yg korang makan kat kedai mahal tuh lagi pehal? Cuba laa tauke kedai tuh bapak ko punya. Ko pegi sound bapak ko cakap turun kan harga boleh? kalau brani cakap ah.. taknak.. Sbb bapak korang yg tauke kedai makan bagi allowance lebih kat korang supaya dapat laa korang beli psp ke, sport rim ke atau sbgnya..

Dan juga goverment gak kena. Goverment kena gi kedai satu2 mintak turun harga.. alahai, nak goverment yg cekap, tapi org2 yg komplen dan tak reti bersyukur ini takder pula nak menjadi lebih baik dari sedia kala, dan berusaha utk menjadi cekap. btw, aku bukan pro mana2.. ahhahahaha..

hidup mesti ala kadar dan sentiasa berterima kasih.. kena perli pun terima kasih gak kat org tuh. sbb mungkin org itu adalah lecturer anda, atau pakcik anda atau org tua. hormatilaa mereka. itu saja. apa yg tersirat dan tersimpan, lain hari lepaskan..

ok.. take care peeps. wa dah penat. dah kul 3. tetiba tak leh tido.. hampeh.. ada citer lagi.. nnti wa citer.. pasal mamak 14th and tukang tol.. ada kisah nye.. ciao..


salam.
hmo

welcome to my new crib

assalamualaikum and hye..

hari ini adalah permulaan baru dimana saya telah sakit hati dgn ****** blog kat frenster dan bertekad utk berpindah ke blogger ini. ketidak tahanan lagi utk menaip dan mengupload sampah2 tulisah saya ini di blog frenster kerana dikenali dengan suxnya.. owh.. saya emo.. hell..

well, i was introduce blogging by my only sarah since march 2006, and since now, i cud say im more active than her. hahahaha. so sapa yg selalu baca blog saya di fs hampeh itu, blh la baca disini dimana ianya lebih selesa dan agak bes.

my address shud be http://hafiz-hierro.blogspot.com. i think so. it shud be. coz i set it like that. lets start with hafizhierro. it has a long story where i got the title hafizhierro. hafiz is my name, and who the heck is hierro??

some says, its "hero" so ada org kata saya poyo. some says its "herot" so ada org kata saya cacat. but actually it came from my dear fren yg terkenal dengan kereknya iaitu the "infemes" perozkhan budak selama-lamanya kajang itu. he gave me the name hierro since we were frens at form 1 and masa tuh poyo-poyo hebat main bola. ini juga dipengaruhi oleh game championship manager. game yg hanya mengeluarkan tulisan2 dan kelip2 yg menunjukkan permainan bola.. hahaha. dan skrang game nya lagi maju tapi dah tukar nama kepada football manager yg dimainkan oleh dak2 kat hillpark tuh.

so hierro full name was, fernando ruiz hierro, once a captain for real madrid and spain and played for years. he could play for a center back or defensive midfield. well, cut shortt, i played in center back and thats why perozkhan gave me that name. by the way joe was once called del piero!! ahahha!! ooowh poyo2 and sangat bes zaman sekolah.

while peroz played as a goalkeeper, and somehow he didnt get a player name. or i didnt remember. my name on his phone and some of my frens are hierro. so melekat sampai skrang. so since peroz is the goalkeeper, and im the CB, we became frens menjerit sama sendiri konon2 keje masing utk mengejar bola. ahahah.

so who the heck is hafiz then? selain maklumat yg sangat terperinci di frenster yg dah lapuk lagi berhabuk itu, my full name is hafizmohdomar. born and being proud as a johorian (keta plet J), and 25 years old on 2008. still studying at UM, and have a steady beautiful girlfriend. i have few hobbies, tapi dah malas nak list, coz rasa macam dak2 sekolah dimana ada awek2 bg buku kosong suruh isi biodata. i have a great parent and nice sister dimana mereka selalu baik terhadap saya..

i think this is enough for a starter. i will try to update as frequent as possible. yelah sangat.. i dont think so.. ahahahha.

well, challo..
salam
hmo