asslamualaikum and hye..
cuti dah habis. kelas dah start 2 minggu. baru dpt daftar thesis. thanks to en herman. masa cuti adalah bes. seingat aku since masuk UM, cuti lama aku 3 bulan semua dipenuhi dengan kelas sem khas. aku tidak pernah rasa rehat 3 bulan cuti di UM sejak 4 tahun yg lepas.
tidak mengapa. hidup ini sementara. begini lebih baik dari hidup melarat atau negara yg sering debedil oleh bom atau perperangan. lahanat yahudi.. aku bersyukur negara aku aman buat masa ini..
tidak mengapa. aku nak citerkan apa yg telah ku buat pada musim cuti sekolah kali ini. first two weeks aku buat thesis, mengambil subjek sampai sesuatu ketika aku rasa sangat malas dan tidak ingin bekerja sama lagi. kerana aku sudah sakit hati.
oleh itu aku buat hal sendiri. selain sarah pergi holiday lama, dan juga memberi berita yg sungguh tak menyenangkan diriku, aku ambil jalan utk diam.. ini cara aku. kadang kala aku baik sendiri, kadangkala ia akan melarat. so, takpelaa. abaikan perasaan ini buat seketika..
cuti aku pergi rumah kawen abg haris. agak seronok. kami makan2. makan pun bes. cuaca pun bes. tapi aku rasa mcm haris yg kawen pulak. alino, sid, and abbad tag along. dorang ikot sebab nak makan jek. keji aku kutuk member sendiri. keje kita org makan, makan, gelak, buat lawak, dan makan lagi. penat makan. ares ensem menjadi pengapit abg dia.
lepas itu, aku kembali ke cheras utk menghantar sarah ke klia. ini juga kira aktiviti bg aku, sbb ntah mengapa, aku rasa ianya penting. me love sarah..
the next week, selain aku berkecimpung dgn nik utk aktiviti design dan mengupgrade komputer dia, ada juga sesi memperbodohkan diri semasa memasang komputer di rumah aku. mgkn disebabkan ngantok..
selain aktiviti tido dan makan aku, menonton wayang adalah sesi wajib. banyak juga wayang yg aku tonton dgn budak2 neh. wayang adalah hobi nombor satu student di malaysia. antara nya YESMAN. aku tgk pecah perut. dgn moody aku yg tahap dewa pun boleh dipecahkan dgn tgk citer yesman nih. wayang2 lain, aku tak ingat. nnti boleh suruh cik alino komen tulis wayang apa kita org layan. dia suka kumpul tiket wayang. tapi aku yakin ada satu slot tiket wayang dia tak dapat simpan sbb dia tukar kan kepada aiskrim free midori. kami mmg cheapskate..
kemudian di hari-hari kemudian, aku bertiga lino and ares jd org gile pi shah alam nak main go cart. puas juga setelah lama teringin nak cari adrenalin. alino drive blh tahan. dia kalah kan 5 lelaki. itu pun sbb aku ngan ares kow tim sian kat alino jgn potong dia and menghalang 3 dak laki dibelakang kami..
tiga hari sebelum new year, kelas mate poly shah alam aku kawen. ajib nama nya.. selamat pengantin baru. semoga panjang umur, dan murah rezeki.. makan lagi aku. makan je. aku dah gemuk.. alang-alang apa salah nya.. (mode nak sedapkan hati).
awal muharram dan tahun baru tiba.. semoga anda semua ada azam sendiri. tahun baru kali nih, aku pergi rumah hazreq. one of my bestest fren dari dulu sampai skrang.. aku gembira dapat jumpa dia. lama nak jumpa, tetapi ada sahaja perkara yg menghalang. i feel like a family there. we have bbq, and the food is delicious. yummy..
aktiviti terakhir kami adalah batting. benda nih adalah telah menjadi pekara yg membuat alino mengidam setiap kali kami lalui OU. tak habis2 nak main baseball. nasib baik lagi hebat dari aku.. ares n lino hebat main baseball. aku?? aku hanya layak gelak kan mereka sahaja..
inilah keje kami sbg student..
challo
salam
hmo
Thursday, January 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
hu gi tak ajak aku...tak berkat tau korang ni
ala kak eisha kn keje..kami student busuk2 neh cm bese r ronggeng2an weekdays..heheheh
batting bes!!!harus gi lgik!!suh hariz jd member lak pasneh...hahaha
beb! lainnye rupa hazreq... ke aku dah tak ingat dah rupanye mcm mana.. hahahahah.
relax la beb..gua pun masa study dulu xpernah jugak merasa cuti 3 bulan full..ada jer xtvt time cuti...
kne g carik gokart lain wei pasnih...kat s.alam sux..byk rules n xdek timesheet...haha
battling beslaa kn...tp tgnku lebam..haha..alino laa kne jd member...xpon ko apis...haha
p/s: nyesal siot amik gambo bodo2 kat gokart...gile buruk..haha
Post a Comment