Monday, January 12, 2009

7am..

assalamualaikum and hye..

setiap detik adalah penting. di kala 7 am mcm2 pekara berlaku.. antaranya:

- bangun pagi bersama suami dan isteri di sebuah pulau yg cantik sambil melihat matahari terbit dari tingkap.

- bangun pagi ketika dalam pernerbangan 35000 kaki diudara dan melihat orang asing di kiri dan kanan tempat duduk.

- bangun pagi utk bersiap untuk pergi melancong.

- bangun pagi kejutkan rakan mengatakan cepat siap. perlu berjalan ke buckingham palace tgk changing of the guards.

- bangun pagi kat airport setelah sehari semalam flight delay. balik lagi 13 jam, tak sabar nak peluk org disayangi.

- bangun pagi menyedari ada mesej mengatakan bersiap segera utk ke berlin uruskan pembelian syarikat disana.

- bangun pagi utk melaksanakan tanggungjawab sbg ibu bapa.

- bangun pagi menyedari akan meninggalkan tanah air, keluarga, rakan taulan utk jangka masa yg tidak di ketahui.

- bangun pagi dan tanpa menyedari bahawa hari ini kita akan menjadi org yg berjaya.

- bangun pagi diatas katil kesejukan di europe.

- bangun pagi tanpa menyedari kita akan jadi org penting hari ini.

- bangun pagi ke sekolah tanpa meyedari seseorg menyukai kita.

- bangun pagi menyedari esok adalah hari pernikahan kita.

- bangun pagi tanpa menyedari satu bencana alam berlaku.

- bangun pagi dengan semangat kerja baru, kereta baru, berserta gaji baru.

- bangun pagi menyedari org yg dibenci tiada dalam hidup kita.

- bangun pagi untuk menoreh getah.

- bangun pagi untuk melihat org yg disayangi di sisi.

- bangun pagi menyedari bahawasanya kita mencintai sesorg.

- bangun pagi menyedari telah ditinggalkan kekasih.

- bangun pagi menyedari telah berada di perantauan selama 10 tahun dan merindui kampung halaman.

- bangun pagi menyedari esok adalah hari graduasi.

- bangun pagi menyedari bahawasanya aku sorang doktor, engineer, cikgu, pemandu, polis, bomba, manager, ceo yang ada perkara yg sangat penting utk di uruskan.

- bangun pagi di kala 7am dan menyedari subuh hampir habis.

- bangun pagi bancuh kopi, tgk berita, bukak pc, buat sedikit duit di pc. cium anak dan isteri, kejut bangun, kami nak pergi disney land. lets pack and go for two weeks holiday.

- bangun pagi, mandi, subuh, kemas katil, amik beg, amik bekal disediakan ibu, tutup lampu, kunci rumah, stat engine keta, aku bersiap ke sekolah.

- tanpa disedari, aku pikir terlalu bnyk sehingga aku memikirkan kehidupan org lain di kala 7am. tak kisah lah dimana mereka berada..


challo
salam
hmo

2 comments:

Sarah A. said...

true enough, u think too much. love u endlessly nonetheless.

Johanna Omar said...

i hate 7am...