Wednesday, January 21, 2009

jobs..

assalamualaikum and hye..

this is a work of fiction and my own points of view.

i have always wanted to work. im already sick of studying for 20 years since the age of 6. imagine in some places, child labor starts at the age of 5. psiko ok..

well that is not im trying to talk about today. i have my own views of each work that i can remember of. lets start with the highest ranking that i cud think of.

+ superb people: tajuk ni aku reka sendiri. "superb people" terdiri dari org hebat yg telah dinyatakan dalam sejarah. wanna know more, read "100 most influential person of all time". mcm tuh laa tajuk dia.

+ president/prime minister: its true the world is upside down. good leader got shot down and hated, while others who are awful are kept alive to make their country and the world suffer. their job is smile, sign papers, make decision and when they go home, "ooopss i made a wrong decision."

+ ministers: apa ntah dorang buat.. aku pun tak tahu kecuali memekak kat parlimen.

+ athletics: these sport man/sport woman are cooler than other people. but to be fair, i need to list them in the proper ranking. known for their coolness, and lots of money (they also donates), and icon for most teenagers. the best job there can be.

+ CEOs: makes money and more money. pastu simpan sendiri. nak tgk wat charity sangat susah.. while the best ones, god took their lives early.

+ head of universities: makes their own rules. student? apa itu student??

+ seniors managers/lecturers/engineers/doctors/etc: find other people faults and maki puas2 sebab sendiri salah, xmaw mengaku. sebab title dah hebat. mana leh sama. mesti org bodo bawah aku yg buat nih. (dia sendiri bengap). some of them are sour grape. sbb tak dapat jadi lagi hebat.

+ managers/engineers/head departments/etc: try to live a decent life. while selalu kena kepit jadi daging dalam hamburger sbb atas seniors managers/lecturers/engineers/etc yg gile and org bawah pulak asyik salah je wat keje.

+ commoners/RAs/technicians/drivers/cook/etc: trying to work hard and make other people happy becoz big people depend on them. some big people are so stupid they dont know other prominent BIGGER people names. yes, some big people i know have 1.5/10 of general knowledge and act like they have the entire encyclopaedia in their brains.

+ peniaga/businessman: they have to work hard. they have to smile. they have to be kind and they depends on all categories above..

+ actors: they live in a fantasy world...

+ pensioners: they can do what they want to do..

+ student: pengalaman aku jadi student 20 tahun, menceritakan segala2nya. antara kerja2 yang best. sapa ada scholarship ianya umpama tunggu duit dari langit, sapa yg takder rasa mcm taik gile. tapi apa2 pun, we have the advantage. who have good frens, they will stick to u all the time, kelas cancel, go home and tido, kelas taik boleh ponteng, bosan2 blh tulis blog mcm aku, blh suka hati tido lewat bcoz esok kelas sapa?? si ***??? boleh blah..., bosan2 blh buat aktiviti yg menghiburkan di pagi atau petang hari, and finally we are always short of money daripada category2 dia atas yg sering mengatakan "we are short of money".. hehehe


challo
salam
hmo

Monday, January 12, 2009

7am..

assalamualaikum and hye..

setiap detik adalah penting. di kala 7 am mcm2 pekara berlaku.. antaranya:

- bangun pagi bersama suami dan isteri di sebuah pulau yg cantik sambil melihat matahari terbit dari tingkap.

- bangun pagi ketika dalam pernerbangan 35000 kaki diudara dan melihat orang asing di kiri dan kanan tempat duduk.

- bangun pagi utk bersiap untuk pergi melancong.

- bangun pagi kejutkan rakan mengatakan cepat siap. perlu berjalan ke buckingham palace tgk changing of the guards.

- bangun pagi kat airport setelah sehari semalam flight delay. balik lagi 13 jam, tak sabar nak peluk org disayangi.

- bangun pagi menyedari ada mesej mengatakan bersiap segera utk ke berlin uruskan pembelian syarikat disana.

- bangun pagi utk melaksanakan tanggungjawab sbg ibu bapa.

- bangun pagi menyedari akan meninggalkan tanah air, keluarga, rakan taulan utk jangka masa yg tidak di ketahui.

- bangun pagi dan tanpa menyedari bahawa hari ini kita akan menjadi org yg berjaya.

- bangun pagi diatas katil kesejukan di europe.

- bangun pagi tanpa menyedari kita akan jadi org penting hari ini.

- bangun pagi ke sekolah tanpa meyedari seseorg menyukai kita.

- bangun pagi menyedari esok adalah hari pernikahan kita.

- bangun pagi tanpa menyedari satu bencana alam berlaku.

- bangun pagi dengan semangat kerja baru, kereta baru, berserta gaji baru.

- bangun pagi menyedari org yg dibenci tiada dalam hidup kita.

- bangun pagi untuk menoreh getah.

- bangun pagi untuk melihat org yg disayangi di sisi.

- bangun pagi menyedari bahawasanya kita mencintai sesorg.

- bangun pagi menyedari telah ditinggalkan kekasih.

- bangun pagi menyedari telah berada di perantauan selama 10 tahun dan merindui kampung halaman.

- bangun pagi menyedari esok adalah hari graduasi.

- bangun pagi menyedari bahawasanya aku sorang doktor, engineer, cikgu, pemandu, polis, bomba, manager, ceo yang ada perkara yg sangat penting utk di uruskan.

- bangun pagi di kala 7am dan menyedari subuh hampir habis.

- bangun pagi bancuh kopi, tgk berita, bukak pc, buat sedikit duit di pc. cium anak dan isteri, kejut bangun, kami nak pergi disney land. lets pack and go for two weeks holiday.

- bangun pagi, mandi, subuh, kemas katil, amik beg, amik bekal disediakan ibu, tutup lampu, kunci rumah, stat engine keta, aku bersiap ke sekolah.

- tanpa disedari, aku pikir terlalu bnyk sehingga aku memikirkan kehidupan org lain di kala 7am. tak kisah lah dimana mereka berada..


challo
salam
hmo

Thursday, January 8, 2009

cuti habis..

asslamualaikum and hye..

cuti dah habis. kelas dah start 2 minggu. baru dpt daftar thesis. thanks to en herman. masa cuti adalah bes. seingat aku since masuk UM, cuti lama aku 3 bulan semua dipenuhi dengan kelas sem khas. aku tidak pernah rasa rehat 3 bulan cuti di UM sejak 4 tahun yg lepas.

tidak mengapa. hidup ini sementara. begini lebih baik dari hidup melarat atau negara yg sering debedil oleh bom atau perperangan. lahanat yahudi.. aku bersyukur negara aku aman buat masa ini..

tidak mengapa. aku nak citerkan apa yg telah ku buat pada musim cuti sekolah kali ini. first two weeks aku buat thesis, mengambil subjek sampai sesuatu ketika aku rasa sangat malas dan tidak ingin bekerja sama lagi. kerana aku sudah sakit hati.

oleh itu aku buat hal sendiri. selain sarah pergi holiday lama, dan juga memberi berita yg sungguh tak menyenangkan diriku, aku ambil jalan utk diam.. ini cara aku. kadang kala aku baik sendiri, kadangkala ia akan melarat. so, takpelaa. abaikan perasaan ini buat seketika..

cuti aku pergi rumah kawen abg haris. agak seronok. kami makan2. makan pun bes. cuaca pun bes. tapi aku rasa mcm haris yg kawen pulak. alino, sid, and abbad tag along. dorang ikot sebab nak makan jek. keji aku kutuk member sendiri. keje kita org makan, makan, gelak, buat lawak, dan makan lagi. penat makan. ares ensem menjadi pengapit abg dia.



lepas itu, aku kembali ke cheras utk menghantar sarah ke klia. ini juga kira aktiviti bg aku, sbb ntah mengapa, aku rasa ianya penting. me love sarah..

the next week, selain aku berkecimpung dgn nik utk aktiviti design dan mengupgrade komputer dia, ada juga sesi memperbodohkan diri semasa memasang komputer di rumah aku. mgkn disebabkan ngantok..

selain aktiviti tido dan makan aku, menonton wayang adalah sesi wajib. banyak juga wayang yg aku tonton dgn budak2 neh. wayang adalah hobi nombor satu student di malaysia. antara nya YESMAN. aku tgk pecah perut. dgn moody aku yg tahap dewa pun boleh dipecahkan dgn tgk citer yesman nih. wayang2 lain, aku tak ingat. nnti boleh suruh cik alino komen tulis wayang apa kita org layan. dia suka kumpul tiket wayang. tapi aku yakin ada satu slot tiket wayang dia tak dapat simpan sbb dia tukar kan kepada aiskrim free midori. kami mmg cheapskate..

kemudian di hari-hari kemudian, aku bertiga lino and ares jd org gile pi shah alam nak main go cart. puas juga setelah lama teringin nak cari adrenalin. alino drive blh tahan. dia kalah kan 5 lelaki. itu pun sbb aku ngan ares kow tim sian kat alino jgn potong dia and menghalang 3 dak laki dibelakang kami..



tiga hari sebelum new year, kelas mate poly shah alam aku kawen. ajib nama nya.. selamat pengantin baru. semoga panjang umur, dan murah rezeki.. makan lagi aku. makan je. aku dah gemuk.. alang-alang apa salah nya.. (mode nak sedapkan hati).



awal muharram dan tahun baru tiba.. semoga anda semua ada azam sendiri. tahun baru kali nih, aku pergi rumah hazreq. one of my bestest fren dari dulu sampai skrang.. aku gembira dapat jumpa dia. lama nak jumpa, tetapi ada sahaja perkara yg menghalang. i feel like a family there. we have bbq, and the food is delicious. yummy..



aktiviti terakhir kami adalah batting. benda nih adalah telah menjadi pekara yg membuat alino mengidam setiap kali kami lalui OU. tak habis2 nak main baseball. nasib baik lagi hebat dari aku.. ares n lino hebat main baseball. aku?? aku hanya layak gelak kan mereka sahaja..



inilah keje kami sbg student..

challo
salam
hmo