Wednesday, December 10, 2014

ayah..

assalamualaikum and hye..

Dah 7 bulan aku jadi ayah. Ingat senang ke jadi ayah? Selain tanggungjawb hakiki sebagai ayah, sometimes you have to be a super dad kalau nak survive dalam perujuangan ini. Mcm battle of the bulge juga. Contohnya:

1. Jadi ayah kena ada mata infra-red, night vision dan juga visualasi yang tinggi dalam bilik gelap. Sesekali nak cucuk puting dalam mulut anak dalam gelap bukan senang. Sekali cucuk masuk hidung melalak lisa. Timing penting sebelum anak ko menjerit pukul 3 pagi, baik ko ada night vision eyes yang bleh sumbat puting skali cuba.

2. Ayah kena jadi Flash. Ko ingat rumah dua tingkat senang? Pastikan stamina tinggi utk smpi ke bilik dalam masa 5 saat sebelum anak ko tahu dia tido sorang-sorang.

3. Ayah kena ada telinga bionic. Baby CCTV? Tak perlu ada. Kalau ada duit nak juga aku beli satukan. Tpi jadi ayah kena pastikan tahu beza anak org sebelah, anak org belakang dan anak kucing yang ngangis. Kalau tak penat je lari turun bawah.

4. Ayah kena jadi maid. Kalau yg ada maid kat umah tak aci. Since tanggungjawab rumah juga jatuh kepada ayah kalau tak mampu bela tukang gaji, pastikan jadual membasuh, mengemas, menyapu, menyususun, melipat sudah ada dalam otak.

5. Ayah kena jadi superman. Ini kes aku dah kalah. Ayah tak boleh injured. Aku dah injured. Maybe ACL sebelah kiri pulak. So ayah TAK BOLEH injured.

6. Ayah kena jadi psychologist. Tak yah buat Phd. Buat anak sudah. Kalau tak boleh handle anak tu, ada je aku rasa nak gantung kat kipas.

7. Ayah kena jadi pakar tido. Kalau anak ko setiap malam tido kul 12, bilanya maw siap keje rumah?? So pastikan ada skill tido kan anak sblm 9pm. Extra time boleh main badminton dgn isteri. hahahah.

8. Ayah kena jadi punching bag. Sbb wife kadang kala goes boink sbb bukan senang jadi ibu, So kalau kena tumbuk mental and emosi tuh, ready je. Jgn rebah. baru Ultras. heheh

9. Ayah kena jadi ninja. Jangan ko berani bising spt jatuhkan barang atau batuk kuat-kuat. Anak bangun ko mampos. Sila pumping 100 kali.

10. Ayah kena jadi GPS. Kalau ada emergency pastikan semua dalam otak. Tak boleh terhegeh-hegeh lagi. Kalau tak mmg anak ko elok2 boleh tahan sejam tanpa ragam, akan melalak sbb ko sesat jalan or jam nak ke hospital.

11. Ayah kena jadi PM. Sometimes executive decision in the family agak sukar dilakukan when it comes to responsibility.

12. Ayah kena jadi binatang yang comel. Kadang-kadang anak suka bapak jadi singa laut, badak sumbu, walrus dan sebagainya. Jadi laa binatang ini supaya anak gelak, siap dengan suara lagi.

13. Ayah kena jadi hulk. Kalau anak ko dah 7kg, macho mcm mana, bicep besar mana, pegang sejam dah lenguh. so pastikan buat muka tahan jee kalau lenguh pun.


Walaupun ada list 13 nih, jasa ibu / isteri anda tidak tertanggung. Lagi bnyk gangguan emosi dan mental berbanding ayah. So sayangi isteri anda, dan juga ingat jasa ibu anda. So jangan laa perasan jadi ayah ini hebat,


hmo

2 comments:

Sarah A. said...

:)

With all that being said, the reward...is priceless. :)

Johanna Omar said...

Dah lama aku tak baca blog ko... just made my day. Love u guys mucho! its not easy being a parent.